PENGENALAN
Pengurusan sumber alam adalah bertujuan untuk menjamin bekalan sumber berterusan melalui proses pemeliharaan dan pemuliharaan. Pemeliharaan melibatkan usaha-usaha mengekalkan sumber yang sedia ada melalui perancangan pengawalan dan penyelengaraan. Pemuliharaan pula melibatkan usaha-usaha memperbaiki atau memulihkan sumber atau kawasan pengeluaran sumber yang telah diteroka.
Pengurusan sumber secara terkawal dapat menjamin bekalan sumber yang berterusan bagi kegunaan manusia pada masa hadapan. Oleh itu, penebangan hutan yang berterusan tanpa pengurusan akan menyebabkan kepupusan bekalan sumber ini.
PRODUK YANG DIHASILKAN DARIPADA SUMBER-SUMBER ALAM YANG TERDAPAT DI MALAYSIA
1.SUMBER MINERAL
· Petroleum
Petroleum ialah sejenis cecair hitam yang dijumpai di dalam tanah. Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada hidupan laut yang mati, kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir. Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang kompleks dan boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat kerana setiap pecahan mempunyai takat didih yang berlainan
Jenis petroleum dan kegunaannya
Jenis petroleum
|
Kegunaannya
|
Petrol
|
Bahan api untuk kereta dan kenderaan kecil
|
Nafta
|
Sumber bagi membuat plastik, dadah, dan kain sintetik dalam industri petrokimia dan sebagai pelarut
|
Kerosin
|
Bahan api untuk pesawat terbang serta untuk pemanasan dan pencahayaan (lampu kerosin)
|
Diesel
|
Bahan api untuk kenderaan berat seperti bas, lori
|
Minyak pelincir
|
Digunakan sebagai pelincir untuk mengurangkan geseran
|
Parafin
|
Digunakan untuk membuat lilin, bahan pengilap, dan bahan pencuci
|
Minyak bahan api
|
Bahan api didalam kapal, mesin kilang dan stesen jana kuasa
|
Bitumen
|
Digunakan untuk membuat jalan raya dan bahan kalis air
|
· Gas Asli
Gas dari lapisan batuan yang digunakan sebagai bahan api
Kegunaan
a) Penghasilan tenaga elektrik di stesen janakuasa
b) Bahan bakar kenderaan NGV
c) Gas memasak
· Emas
Emas adalah logam berharga yang dicari
Kegunaannya
a) Membuat barang kemas dan hasil seni lain
b) Sebagai simpanan pelaburan
· Bijih timah
Dilombong di kawasan lombong bijih timah. Kaedah yang digunakan adalah menggunakan kapal korek dan dan mendulang
Kegunaan bijih timah
Membuat tin aluminium, alat untuk mematri barangan elektronik dan sebagai alat pemberat untuk memancing
2.SUMBER HUTAN
· Kayu
Kayu adalah merupakan hasil hutan yang paling berharga. Terdapat banyak jenis kayu yang terdapat di hutan.
Kegunaannya
Untuk membuat papan dan membuat rumah. Selain itu, sebagai cerucuk bangunan sebagai contoh kayu yang terhasil dari pokok bakau. Untuk pembuatan perabut di rumah dan sebagai kraftangan untuk pelancong yang datang ke Malaysia.
· Herba
Herba adalah merupakan ubat ubatan tradisional yang terdapat di dalam hutan. Di Malaysia, terdapat banyak jenis herba yang sangat berharga. Contohnya, tongkat ali, ginseng, bunga kantan dan lain lain
Kegunaan
Sebagai ubat ubatan untuk beberapa penyakit yang tidak dapat di ubati secara moden, c6ntohnya sawan, panau, HIV dan lain lain penyakit. Selain itu sebagai sumber pendapatan Negara dengan mengeksport produk berasaskan herba ke Negara luar.
3.SUMBER LAUT
· Pelancongan
Tarikkan persisiran pantai yang putih dan air yang jernih di Malaysia boleh menyumbangkan kearah pelancongan bagi sumber laut.
Kegunaannya
Boleh meningkatkan kadar pelancongan di Malaysia. Selain itu menjana pendapatan Negara kearah yang lebih tinggi. Di samping itu, boleh menaikkan nama Malaysia di persada dunia
· Makanan
Sumber laut boleh menjana makanan kepada manusia di permukaan bumi
Kegunaannya
Sebagai sumber pendapatan kepada para nelayan. Selain itu, untuk menternak ikan sangkar. Membekalkan sumber protein kepada manusia
KESIMPULAN
Kesemua sumber alam sangat penting untuk Negara kita. Sumber mineral merupakan sumber yang sangat penting kepada Negara kita untuk meningkat kan ekonomi Negara . sumber hutan juga sangat berharga dan penting untuk manusia. Dengan itu, hendaklah kita menguruskan sumber sumber tersebut supaya dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang. Selain itu, sumber laut juga berguna dan penting untuk kehidupan kita. Kita hendaklah bekerjasama untuk mengekalkan sumber alam supaya tidak tercemar dan habis disebabkan perangai tamak dan tidak bertanggungjawab.
Dengan ini, pengurusan sumber dengan baik hendaklah dilakukan.
Nice so...
ReplyDeleteKesian nya baru aku sorang je yg comment
ReplyDeleteMesti tak menarikkan
ReplyDeleteAku nk pesan sikit boleh
ReplyDeleteShush
Delete😤😤😤
ReplyDeleteJap tarik nafas sikit
ReplyDeleteAzahasmani kau buat lah blog utk budak pt3 tau..cam geo..sej...jwpn lengkap baru laku
ReplyDeleteAzahasmani kau buatlah blog utk bdk sklah pt3 ke spm ke
ReplyDeleteBaru laku
ReplyDeleteMacam chat lak
ReplyDeleteKau jgn marah baca apa yg aku tulis ni
ReplyDeleteSbb ni cara aku
ReplyDeleteSemua yg aku kenal dh biasa ngan cara aku ...😊
ReplyDeleteBye...😇
ReplyDeleteNanti jgn lupa reply au😢
ReplyDeleteAku menantikan maklum balas dri kau
ReplyDeleteHah aku je dh ada 17 comment
ReplyDelete?
ReplyDeleteKenapa cakap dgn sendiri
ReplyDeleteterbaik thanks sebab ada block macam ni untuk saya memudakan kerja pembentangan
ReplyDeletehaha
ReplyDeleteJgn ckp x pnting, aku gunakan ilmu yg disediakan disini utk ulangkaji temuduga di Kementerian tenaga dan sumber asli. Sngat bermanfaat. Tq 4 da info
ReplyDeleteMenarik dan berguna serta bermanfaat info ini.Terima kasih
ReplyDelete